Mengenai Saya

Foto saya
Its 2010..and my age now concede me....im 28..still single but NOT available...If you called gaming is a life...then I have none...I just like to write this blog, not for others...but for myself believe....my own world...my own country...my own space...that I have a freedom of speech...eventhou there ain't NO freedom on it anymore.....so..WHO Cares...ADA AKU PEDULI??!!...lolZ

Isnin, 5 Mac 2012

Kelaparn menganggu pemikiran ku

Aku lapar n tertekan dgn keadaan bandar n suasana yang x mententeramkan seperti deruman enjin,asap kereta,parking space n pengguna motosikal yg xpedulikan pemandu kereta. Perrrrgh sakit hati d buatnya.


Aku menunggu kawan ku. Muka xnampak lg. Lg la aku kcwa. Lapar nie bai. Arghh aku oder je r. Lapoooo nie


Published with Blogger-droid v2.0.4

Rabu, 18 Januari 2012

Mengapa Pungguk Rindukan Bulan Chapter 1


Chapter 1

Sesudah solat, Amir menuju ke beranda rumah nya. Impian, igauan dan mimpi ngeri menghantui nya seketika. Soalan yang berada difikiran nya datang dari ibu nya... "bila lagi nak kawin Mir?".

Amir Hamsah, seorang lelaki yang pendiam dan jarang berkata-kata ketika usia mudanya . Dia bukan nya seorang yang anti-sosial tetapi bukan juga seorang yang suka akan keadaan yang semak. Cuma bagi nya keluarga dan kawan rapat saja lah yang memenuhi ruang hidup nya.

Di sekolah, rakan-rakan sentiasa mengusiknya "bunga", sebab ketampanan wajah nya, tetapi dalam masa sama, dia tidak pula mempunyai buah hati di usia muda nya sebab takut dan malu terhadap kaum hawa.

Di usia muda, Amir banyak meluangkan masa bersama kawan-kawan sebaya bermain basikal, belajar dan menolong ibu nya di rumah. Amir mempunyai 4 adik- beradik. Sebagai anak lelaki sulung, dia terpaksa menjadi ketua keluarga dari usia muda disebabkan ketiadaan ayah nya sejak berada di bangku sekolah rendah lagi.

"Oii!! Mengelamun panjang nampak!!" sergah kawan baik Amir, Shamir yang berada di depan rumah Amir. "Dah tak tau nak bagi salam ke sekarang nie?! Almaklum lah dah school high-high" sindir Amir terhadap sahabat baik nya dari kecil merangkap rakan sekolah nya dan rakan sekampung. Sham berlalu setelah mengusik kawan nya Amir.
Sham adalah rakan baik Amir sejak lahir ke dunia ini. Disebabkan dia rakan sekampung, maka mereka berkenalan sejak kecil lagi.

Kebelakangan ini Amir agak tertekan disebabkan dia sedang menganggur. Asal nya dia berkerja di syarikat koperat dan gaji nya cukup lumayan. Tetapi disebabkan oleh kehendak ibu nya, dia terpaksa balik ke kampung halaman dan mencari peluang perkerjaan yang lain. Amir walaupun luarannya kental, akan tetapi dia agak sensitif dalamannya.
Pada nya, kehidupan yang indah pabila sesuatu kerja itu membolehkan dia membuat keputusan sendiri dan menyempurnakan sesuatu projek adalah suatu yang menyeronokkan bukan sekadar memenuhi kehendak bos tetapi membuatkan dia seronok dengan apa yang dia lakukan.

Keadaan dia tidak berkerja dalam tempoh 3 bulan membuatkan dia menyalahkan diri nya sendiri kerna sebelum dia berhenti di tempat kerja barunya, dia mempunyai kerja idaman setiap jurutera idamkan. Mungkin kerna desakan ibu nya tuk berkahwin, menyebabkan dia ingin mendapat gaji yang lebih lumayan dari tempat kerja nya terdahulu dan mengejar wang ringgit lebih daripada keseronokan sesuatu kerja. Nyata impak nya amat besar dan dia terpaksa menanggung kesengsaraan sekarang ini.

Amir pernah memohon banyak syarikat, akan tetapi kesan daripada profile resume nya, dia dianggap "over qualified" oleh banyak syarikat. Tambahan pula, bila sebut pasal gaji terakhir yang diperolehinya sebelum ini, banyak syarikat takut dengan imbuha gaji yang lebih empat sifar. Justeru itu, Amir masih menganggur dan tidak mempunyai sebarang harapan tuk memiliki suatu perkerjaan, wang dan seorang teman wanita.

Sambil merenung ke bulan, radio yang amir pasang selepas solat tadi mendendangkan sebuah lagu yang menyebabkan Amir tersenyum seketika. Lirik nya berbunyi "hati senang walaupun tak ada wang..begini nasib bujang bujangan..kemana arah..orang tak suka...kerana tak punya wang". "Begini lah nasib ku..maybe ini yang dimaksudkan Qada dan Qadar", Amir menenangkan diri nya sendiri.