Chapter 1
Sesudah solat, Amir menuju ke
beranda rumah nya. Impian, igauan dan mimpi ngeri menghantui nya seketika.
Soalan yang berada difikiran nya datang dari ibu nya... "bila lagi nak
kawin Mir?".
Amir Hamsah, seorang lelaki yang
pendiam dan jarang berkata-kata ketika usia mudanya . Dia bukan nya seorang
yang anti-sosial tetapi bukan juga seorang yang suka akan keadaan yang semak.
Cuma bagi nya keluarga dan kawan rapat saja lah yang memenuhi ruang hidup nya.
Di sekolah, rakan-rakan sentiasa
mengusiknya "bunga", sebab ketampanan wajah nya, tetapi dalam masa
sama, dia tidak pula mempunyai buah hati di usia muda nya sebab takut dan malu
terhadap kaum hawa.
Di usia muda, Amir banyak
meluangkan masa bersama kawan-kawan sebaya bermain basikal, belajar dan menolong
ibu nya di rumah. Amir mempunyai 4 adik- beradik. Sebagai anak lelaki sulung,
dia terpaksa menjadi ketua keluarga dari usia muda disebabkan ketiadaan ayah
nya sejak berada di bangku sekolah rendah lagi.
"Oii!! Mengelamun panjang nampak!!" sergah kawan baik Amir,
Shamir yang berada di depan rumah Amir. "Dah tak tau nak bagi salam ke sekarang nie?! Almaklum lah dah school
high-high" sindir Amir terhadap sahabat baik nya dari kecil merangkap
rakan sekolah nya dan rakan sekampung. Sham berlalu setelah mengusik kawan nya
Amir.
Sham adalah rakan baik Amir sejak
lahir ke dunia ini. Disebabkan dia rakan sekampung, maka mereka berkenalan
sejak kecil lagi.
Kebelakangan ini Amir agak
tertekan disebabkan dia sedang menganggur. Asal nya dia berkerja di syarikat
koperat dan gaji nya cukup lumayan. Tetapi disebabkan oleh kehendak ibu nya,
dia terpaksa balik ke kampung halaman dan mencari peluang perkerjaan yang lain.
Amir walaupun luarannya kental, akan tetapi dia agak sensitif dalamannya.
Pada nya, kehidupan yang indah
pabila sesuatu kerja itu membolehkan dia membuat keputusan sendiri dan
menyempurnakan sesuatu projek adalah suatu yang menyeronokkan bukan sekadar
memenuhi kehendak bos tetapi membuatkan dia seronok dengan apa yang dia
lakukan.
Keadaan dia tidak berkerja dalam tempoh 3 bulan membuatkan dia menyalahkan diri nya sendiri kerna sebelum dia
berhenti di tempat kerja barunya, dia mempunyai kerja idaman setiap jurutera
idamkan. Mungkin kerna desakan ibu nya tuk berkahwin, menyebabkan dia ingin
mendapat gaji yang lebih lumayan dari tempat kerja nya terdahulu dan mengejar
wang ringgit lebih daripada keseronokan sesuatu kerja. Nyata impak nya amat
besar dan dia terpaksa menanggung kesengsaraan sekarang ini.
Amir pernah memohon banyak
syarikat, akan tetapi kesan daripada profile resume nya, dia dianggap "over qualified" oleh banyak
syarikat. Tambahan pula, bila sebut pasal gaji terakhir yang diperolehinya
sebelum ini, banyak syarikat takut dengan imbuha gaji yang lebih empat sifar.
Justeru itu, Amir masih menganggur dan tidak mempunyai sebarang harapan tuk
memiliki suatu perkerjaan, wang dan seorang teman wanita.
Sambil merenung ke bulan, radio
yang amir pasang selepas solat tadi mendendangkan sebuah lagu yang menyebabkan
Amir tersenyum seketika. Lirik nya berbunyi "hati senang walaupun tak ada wang..begini nasib bujang bujangan..kemana
arah..orang tak suka...kerana tak punya wang". "Begini lah nasib ku..maybe ini yang
dimaksudkan Qada dan Qadar", Amir menenangkan diri nya sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.